Thursday, June 19, 2008

MUNAJAT SEORANG HAMBA

AstagfiruLLAH…..3x
Ya Rahman, Ya Rahiim
Kami berdoa kepadaMu
Ya ALLAH
Di hening pagi yang sunyi ini,
Kami bermunajat padaMu,
Ampunkanlah diri kami,
Kekalkanlah hidayahMu,
Wahai Tuhanku,

Ya ALLAH
Diri ini sering melupakanMu,
Diri ini sering alpa dan lalai,
Dengan dunia sendiri,
Dengan kesibukan sehari-hari,

Ya ALLAH
Jarang sekali diri ini membaca kalamMu
Bahkan membacanya juga terasa malas
Sedangkan ia bakal menjadi syafaat
Sebelum dihisap segala amalan

Ya ALLAH
Terlalu sedikit kami berdoa kepadaMu
Lantaran kesibukan dunia kami,
Kami jarang mendoakan kedua ibu bapa kami
Bahkan kadang-kadang melupakan mereka

RasulMu pernah bersabda
Sadaqah, Ilmu dan doa anak yang soleh
Menjadi pahala yang berpanjangan
Namun
Terlalu sedikit kami bersedekah di jalanMu
Terlalu sedikit ilmu yang kami sampaikan
Ya ALLAH
Bisakah kami menjadi anak yang soleh
Layakkah kami menjadi anak yang soleh

Ya ALLAH
Ada dua mata yang kami dambakan
Mata yang menangis keranaMu
Mata yang berjaga untuk berjihad dijalanMu
Tetapi
Kami belum pernah berjihad dijalanMu
Bahkan kami juga sukar menangis keranaMu

Ampunkan dosa mata kami
Ya ALLAH
Kerana sering memandang sesuatu
Yang tidak Engkau redhai
Ampunkan dosa telinga kami
Ya ALLAH
Kerana sering mendengar sesuatu
Yang tidak baik tentang sahabat kami
Bahkan lidah ini juga seringkali
Mengatakan perihal sahabat kami
Menyebut keaibannya
Menyebarkan kelemahannya
Bahkan mengetawakannya
Ampunkan kami
Ya ALLAH

Apakah dakwah ini sering terhenti
Asbab dosa-dosa kami
Yang belum Engkau ampunkan
Engkau tangguhkan kemenangan ini
Lantaran sikap kami
Yang lebih banyak ketawa
Daripada menangis
Menyesali dosa-dosa lalu dan kini

Layakkah kami memegang panji dakwahMu
Membina generasi harapan
Yang ingin hidup mulia
Atau syahid menggapai syurga
Walhal diri ini masih bergelumang
Dengan dosa dan noda

Ya ALLAH
Tetapkan hati kami
Dalam agamaMu
Dalam ridhaMu
Dalam hidayahMu

Ampunilah dosa-dosa kami
Berkatilah dakwah kami
Jadikanlah mata kami
Sentiasa basah dengan air mata
Menyesali dosa-dosa kami
Hingga fajar kembali mewarnai alam
Dengan cahaya IslamMu
Amiiin….

p/s: Antara bait-bait doa yang diungkapkan semasa mengikuti Mukhayam Dasar 1 yang lalu
airmata itu kembali mengalir membasahi pipi dan azan subuh mula berkumandang
ALLAHU AKBAR!!!!

Wednesday, June 11, 2008

ADAKAH ANDA SUDAH MENYERTAINYA(2)

Jakim arah Celcom henti sementara peraduan

Oleh Azrina Ahzan

PUTRAJAYA: Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta Celcom (Malaysia) Bhd menghentikan sementara peraduan '100 Hari 100 Kereta' sehingga keputusan muktamad sama ada ia menyalahi hukum syarak atau tidak, dibuat pada 17 Jun ini. Pengerusinya, yang juga Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, berkata pemberhentian itu wajar, sementara panel berkenaan meneliti terma dan syarat peraduan yang dikemukakan Celcom. Mesyuarat selama hampir empat jam yang dihadiri 13 ahli panel itu petang semalam gagal mencapai kata sepakat berhubung beberapa terma dan syarat peraduan berkenaan kerana masih memerlukan penelitian lanjut.

"Panel berpuas hati kerana Celcom memberi kerjasama baik dalam menjelaskan berhubung terma dan syarat serta proses peraduan itu. Namun, tempoh yang singkat menyebabkan ahli panel tidak dapat meneliti dengan mendalam terma dan syarat yang dikemukakan. "Justeru, panel memutuskan keputusan mengenainya perlu ditangguh dan Jakim selaku urus setia akan berbincang dengan Celcom sebelum kedua-dua pihak berjumpa Selasa depan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat panel itu. Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Anan C Mohd; Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly; Penasihat Kanan Bahagian Undang-Undang Celcom, Jalaluddin Mokhtar dan Naib Presiden Kanan Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin.

Peraduan anjuran Celcom yang berlangsung sejak 2 Jun lalu itu menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya. Bagi memenangi hadiah itu, pelanggan Celcom hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Pelanggan yang dapat menjawab soalan dengan tepat diberi mata dan berpeluang dipilih sebagai pemenang. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi sebuah Toyota Camry pada hujung minggu dan setiap jawapan yang dihantar akan dikenakan bayaran RM5.
Shazalli ketika ditemui berkata, pihaknya akan akur dengan keputusan panel berkenaan pada 17 Jun ini.

Tuesday, June 3, 2008

ADAKAH ANDA SUDAH MENYERTAINYA...


Sebuah berita menyebut :-

KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini.

i. sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.

ii. Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.

iii. Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.

iv. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.
v. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.

vi. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar. vii. Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan

ULASAN UZAR :

Secara rasmi dan mudahnya, ia adalah peraduan yang haram di sisi Islam kerana perjudian. Ini kerana semua peserta yang menghantar SMS terdedah kepada kerugian RM 50 (kerana mesti menjawab 10 soalan terlebih dahulu, sedangkan satu sms = RM 5) atau berpeluang mendapat untung sebuah kereta. Hanya seratus orang akan berjaya dari berjuta peserta. Syarikat pasti meraih untung yang lebih berbanding peserta.

Ia tidak ubah seperti peraduan "Who Wants To Be A Millionaire" dengan sedikit perbezaan sahaja.

Peserta mungkin berkata

"Alah, apalah sangat dengan RM 5 atau RM 50 .. redha sahaja, kami tidak rasa dizalimi pun"

Namun wajib diingati, pengharaman perjudian adalah hak Allah swt dan sebarang keredhaan dalam perkara yang menjadi hak Allah adalah TERTOLAK. Redha dalam hal dosa seperti ini, adalah redha maksiat. Malah lebih dahsyat dari itu, kerdehaan dalam perilaku dosa yang mencarik hak Allah adalah akan menjadikan ia sebagai satu dosa yang lebih besar.

Mungkin juga ada yang berkata :-

"Tapi ustaz, bukankah ada manfaat untuk kita peraduan sebegini, bukan senang nak dapat peluang "

Memang benar ada manfaatnya, namun keburukannya jauh lebih besar, sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt sendiri :-

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya ( Al-Baqarah : 219 )

Saya teringat pernah menonton "National Geographic" yang mendokumentasikan perihal pusat perjudian di Macau. Saya masih ingat kata-kata pengusaha dan pemain judi dalam interview dengan wartawan dokumentasi itu,

"dari 10 kali main, biasnya hanya sekali menang dan 9 kali kalah".

Berikut pula info yang amat jelas dari seorang yang telah menyertai peraduan ini, saya petik dari ruangan komen di bawah. Ia sangat membuktikan ia judi yang amat menindas dan zalim.

Pada 2 Jun (iaitu tarikh bermula peraduan tersebut) saya mula hantar SMS jam 8.30 mlm. Sehingga pukul 1 pagi, keseluruhan SMS yang saya terima daripada syarikat tersebut lebih kurang 200 SMS. yang di caj RM5 ialah lebih kurang 60 SMS. Dengan harapan yang menggunung untuk memperolehi kereta tersebut, saya telah melabur sebanyak RM300. terus terang saya katakan,saya turut menunaikan solat hajat untuk memenangi pertandingan ini. Hajat saya jika menang ialah dapatlah saya ringakan beban saya membayar hutang kereta yang sedia ada, selain dapat menggunakannya untuk buat ibadat (pergi kerja, berteduh, masjid)-- adakah tindakan saya betul ustaz?? Setiap SMS yang diterima sangat teruja dan membuatkan pelanggan akan sentiasa ingin ber SMS dan menjawab soalan. Maka, saya telah terperangkap dalam permainan ini.


Itulah sifat judi, pengusaha akan sentiasa lebih mendapat manfaat dan keuntungan. Ia sememangnya sebuah permainan yang amat buruk.

Jauhilah darinya, apatah lagi solat hajat dalam berjudi. Segeralah sampaikan kepada adik beradik, rakan-rakan dan taulan. Jangan sampai sebuah kereta Camry menyebabkan penyesalan tak sudah di alam barzakh dan akhirat kelak.

Akhirnya firman Allah s.w.t tentang pengharaman judi yang disamakan dengan najis dan kerja Syaitan:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90 )

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
3 Jun 2008
p/s: Moga kita semua tidak tergolong di kalangan mereka yang selalu terjerumus ke lembah "syubhah" dalam kehidupan ini. Tunjukkan kami jalan yang diredhaiMu ya ALLAH.

Monday, June 2, 2008

SURAT UNTUK SANG MURABBI


Trailer filem "SANG MURABBI"~

Mengenang Syaikh TarbiyahUstaz Rahmat Abdullah

1953-2005


Ikhwah budiman, surat ini ditulis seorang kader dakwah sebelum wafatnya guru dakwah Ustadz Rahmat Abdullah rahimullah. Dwi Fahrial, penulis surat ini, menggali keindahan memori dakwah yang ada dalam benak dan pikirannya pada masa2 yang telah lewat. Tentang kegigihan para kader dalam mempertahankan prinsip yang mereka yakini kebenarannya. Tentang sejumlah keprihatinan yang ditemukan penulisnya pada fase dakwah sekarang. Maka, surat ini pun diberi judul oleh penulisnya, “Ana rindu dengan zaman itu…”Aq sengaja mengetik dan menyuguhkannya pada blogku kali ini. Pada saat aq membacanya di majalah da’watuna, gagal mata ini menahan linangan air mata. Karena mungkin, aqlah salah satu dari mereka yang penulis khawatirkan dan dirindukan untuk kembali. Walaupun, “zaman” itu belumlah pernah aq rasakan. Tapi…aq ingin sekali mencoba merasakan nikmatnya mengisi hari2 seperti ikhwah pada “zaman” itu…Bagaimana dengan kalian ikhwah fillah…?


Ustadz yang dikasihi Allah…Sudah lama ana ingin menulis surat seperti ini, untuk sekedar silaturahmi dan melepas rasa rindu karena lama tak bertemu. Awalnya ana sempat khawatir karena tidak semua orang suka dengan surat sebagai media silaturahmi. Mungkin karena keterbatasan bahasa tulis untuk mengekspresikan makna sebuah nasihat, usulan atau kritikan. Atau kadang2 suasana hati yang sedang tidak mood ketika membacanya. Akibatnya nasihat bisa dianggap muslihat, usulan seolah ingin menjatuhkan dan kritik dirasa sangat sarkastik. Akhirnya surat yang dimaksud sebagai media silaturahmi, nasihat, kritik, maupun saran itu malah berubah menjadi masalah.Namun rasa rindu ana akhirnya mengalahkan kekhawatiran itu. Kerinduan untuk bersua, meski hanya dalam lembar2 surat ini. Semoga Ustadz bersedia membaca oretan ini dan maafkan jika ada pilihan kata yang tak berkenan.


Ustadz yang dirahmati Allah…Sesungguhnya kerinduan ana yang lebih dahsyat lagi adalah kerinduan menikmati masa2 indah saat pertama kali mengenal dakwah bersama Ustadz. Saat ketika halaqah menjadi kebutuhan, bukan sambilan atau tempat mampir sepulang dari kantoran. Saat ketika membina adalah kewajiban bukan paksaan atau beban yang memberatkan. Anapun rindu ketika dauroh menjadi kebiasaan bukan sekedar program yang dipaksakan.Rasanya nikmat sekali ketika hampir setiap pekan pergi kepuncak untuk mengisi dauroh. Meski ongkos ngepas dan peta yang tak jelas. Kadang kuyup pula kehujanan atau nyasar dikegelapan. Ana juga rindu saat pintu rumah diketuk ditengah malam untuk berkumpul esok paginya. Atau pergi jaulah keluar kota untuk ta’lim silaturahmi atau sekedar menjadi muajih pengganti. Begitu juga kerinduan saat merasakan kenikmatan hadir di liqo, bertemu dengan ikhwah dan memberi makanan hati dan nurani.


Ustadz…terus terang, banyak hal2 mengasyikkan yang telah hilang dari dakwah ini, dan dari diri ana tepatnya.Ustadz yang disayangi Allah…Satu saat dipesta walimahan seorang ikhwah belum lama ini, ana ngobrol2 dengan beberapa ikhwah yang lain. Ternyata kami merasakan hal yang sama, bahwa sudah lama kami tidak menghadiri lagi walimahan yang benar2 dipisah antara tamu ikhwan dan akhowatnya seperti “zaman” itu. Kami merasakan adanya pergeseran sikap dikalangan ikhwah. Padahal, pada “zaman” itu, para akhowat berani kabur saat walimahannya hanya karena harus duduk bersanding berdua didepan para tamu. Ada juga yang pura2 pingsan, sakit perut, kejang kaki, dan entah apa lagi yang dilakukan. Mereka hanya ingin menolak ikhtilat sebisa mereka mampu. Hebat sekali mereka. Tapi kini, ikhtilat seakan menjadi biasa saja. Jangankan pesta walimahannya, proses pernikahannya pun ada yang rada2 aneh. Ada yang ngetek jauh2 hari, ada yang memberi kriteria tapi sangat spesifik, ada yang uraian kriterianya sampai dua lembar, bahkan ada yang mengawalinya dengan proses ta’aruf sendiri. Baik telpon2an, SMS, atau bahkan bertemu langsung. Berdua, hanya berdua. Sesuatu yang sangat tidak mungkin terjadi pada “zaman” itu. Jangankan berduaan, berpapasan dijalan saja saling menjauh dan bertamu hanya dari balik pintu. Kadang lucu juga kalau ingat masa itu.


Ustadz…Ana semakin rindu pada “zaman” itu. Ketika tsiqoh pada murobi membuat kami merasa aman untuk saling terbuka. Tsiqoh membuat hubungan kami merasa nyaman dan mengasyikkan. Dengan tsiqohlah kami merajut tali ukhuwah dengan tsiqoh pula kami mempercayakan proses pernikahan kami. Seingat ana, rata2 kami memang hanya mengandalakan ketsiqohan pada murobi dalam urusan memilih pasangan. Karena kami tahu betul, bahwa murobi tidak memutuskan sendiri. Ada banyak mata dan telinga lain bersamanya. Dan yang terpenting, kami memahami bahwa murobi adalah perpanjangan tangan jama’ah dalam kedudukannya itu. Itulah modal besar kami dalam berdakwah dimarhalah dakwah keluarga.


Ustadz yang diberkahi Allah…Ana membaca beberapa tulisan Ust. Mahfudz Sidik di majalah SAKSI tentang kekeruhan hubungan ikhwan-akhowat yang kader hingga bikin ana melongo. Temuan kaderisasi DPP tentang masalah ini semakin membuat ana nggak mengerti, apa yang sesungguhnya tengah terjadi dengan penghuni rumah besar tarbiyah ini. Masalah datang bertubi-tubi tak henti2. Menggoyang pilar2 bangunan, membuat dinding bergetar dan atapnya berderak-derak.Bukan saja menimpa para kader muda yang gadis dan bujangnya, tapi juga menimpa para suami, para istri, para murobi bahkan para asatidznya juga. Dari mulai anak2 ustadz yang mulai ABG tapi belum juga ngaji (halaqoh), aktitivis kampus yang dilanda virus merah jambu, juga para suami yang bermasalah dengan istri2nya karena trend ta’adud, kekerasan keluarga, PIL/WIL, hingga perceraian. Ada juga yang bermasalah di liqo, rekrutmen yang lemah, pembinaan payah, sampai ada kader inti yang tidak punya binaan bahkan ada yang berbulan2 tidak hadir di liqonya. Entahlah ia menganggap liqo sebagai apa. Masalah lainnya adalah kecemburuan sebagian kader pada ikhwah kita yang menjadi aleg. Kecemburuan yang menjadi hasad, bergeser menjadi ghibah, su-udzon, iri bahkan ujungnya jadi ambisi.Ana ingat salah satu nasihat ustadz tentang hal itu, ”…Memangnya kita tidak senang melihat kesenangan saudara kita. Yang tadinya tidak punya motor sekarang punya, yang tadinya menjadi kontraktor kini punya rumah sendiri…” Ana merasa nasihat itu mampu meredam sebagian sas-sus di kalangan ikhwah. Itulah pentingnya nasihat dan teladan dari seorang guru dan murobi seperti Ustadz. Adem rasanya.Meski memang tidak dipungkiri, ada juga beberapa aleg yang agak berlebihan dalam mengekspresikan “syukurnya” dihadapan ikhwah yang lain. Bahkan ada pula yang memang jelas2 bermasalah.


Ustadz yang dirahmati Allah…Ada yang bilang masalah2 itu datang sebagai konsekwensi logis dari pilihan kita sendiri. Pilihan kita ketika memasuki mihwar dakwah kelembagaan (parlemen) setelah sebelumnya berada di mihwar tandzimi dan sya’bi. “…Hiruk pikuk politik sedemikian keras menggema hingga memekakkan telinga, membutakan mata dan mematikan rasa…” Kata sebagian mereka.Ana tidak sepakat dengan ungkapan itu, tapi menurut ana tidak juga semuanya harus ditolak.Alhamdulillah, sebuah kebaikan dari pilihan kita itu sudah mulai kita rasakan. Cukup banyak untuk disebutkan. Satu kemenangan luar biasa dalam dunia dakwah kita. Anugerah Allah yang seharusnya disyukuri dengan sedalam-dalam keikhlasan. Meski tentu saja tanpa menutup-nutupi beberapa masalah yang timbul bersamanya. Keterbukaan tandzim, agak terabaikannya pembinaan, melemahkan maknawiyah kader dan membengkaknya pembiayaan dakwah, adalah diantara masalah2 itu. Namun ana yakin, kita tidak akan berhenti apalagi mundur karena masalah itu. Seperti Musa yang terjepit di tepi laut Merah dan kejaran tentara Fir’aun. Ana masih ingat taujih Ustadz ketika menggambarkan situasi itu dan kaitannya dengan kondisi da’I dalam menghadapi ujian. Ketakutan, kecemasan, kesempitan, siksaan dan pembunuhan menjadi selesai dengan kalimat “Inna ma’iya Robbi sayahdin…”(Sesungguhnya aku selalu bersama Rabb-ku yang akan memberiku petunjuk) Rahasianya adalah hubungan kita dengan Allah maka situasi apapun yang dihadapi ketika bersama Allah, maka akan selalu mendapat kebaikan, meski nyawa sebagai taruhannya.


Ustadz yang diberkahi Allah…Ana masih sepakat jika ada yang mengatakan bahwa ustadz adalah simbol dakwah ini, bukan karena kultus individu, tapi lebih karena peran dan posisi ustadz dulu dan kini. Apalagi kini sebagai aleg, semakin banyak kader mengharap. Melihat contoh teladan ustadz sebagai aleg parlemen. Sampai ada yang bilang, “Kalau Ustadz Rahmat juga bermasalah di parlemen, siapa lagi yang akan kita lihat teladannya…”


Memang, ana rindu betul melihat murobi kembali jadi teladan. Teladan dalam kesigapan taat, dalam kesiapan menerima kritik, dalam kehadiran, dalam semangat tatsqif, dalam kebugaran fisik, dalam hafalan, dalam banyak bacaan, dalam amalan sunah, dalam bermasyarakat, dalam…banyak hal yang menjadi muwashofat kader menuju profil idaman 2009.Ustadz yang disayangi Allah…Kedepan, kita pasti membutuhkan energi lebih besar untuk memikul beban dakwah yang berat ini. Kesolidan tandzim dan kekuatan maknawiyah kader sudah menjadi keharusan. Selain itu Ustadz, kebijakan, sifat kebapak-an dan qudwah dari para asatidz, murobi dan pengambil keputusan di level atas agar tetap terjaga. Termasuk kearifan memberlakukan iqob bagi para kader yang melanggar. Tentu saja iqob itu perlu diberlakukan, sebagai bagian proses tarbiyah itu sendiri. Tapi kesalahan juga adalah sifat manusiawi khan ustadz?Artinya bisa menimpa siapa saja. Termasuk para kader bahkan kader inti sekalipun. Sungguh, nasihat2 sejuk dari ustadz sangat mempengaruhi kader2 yang khilaf, lupa, bersalah atau bahkan memusuhi. Semoga dengan begitu, mereka akan kembali ke habitat tarbiyah yang berkah ini.


Ustadz…, semoga ini bisa mengurangi kerinduan ana. Semoga Allah selalu memberikan kesehatan dan kekuatan untuk Ustadz dan para asatidzyang lain dalam menjaga dakwah negri ini. Sehingga tidak ada yang tegak kecuali kalimat al-Haq, tidak ada yang tinggi kecuali panji Ilahi, dan tidak ada yang menang kecualai para pendukung kebenaran. Hingga tidak ada lagi fitnah, dan Ad-din ini hanya bagi Allah saja. Hingga terwujudlah keadilan dan kesejahteraan di bumi pertiwi ini. Aamin ya mujibas saili
dipetik dari laman musafirfana.blogspot.com