Wednesday, April 30, 2008

YANG MANA SATU NAK KUPILIH


Menyambung pengajian dalam bidang research dalam bidang molecular biology atau lebih tepat virology memang sedikit mencabar, kerana setiap experiment yang dibuat hanya diketahui resultnya setelah menempuh beberapa experiment yang lain, jika step pertama tidak berjaya, jangan harap nak teruskan experiment kedua, confirm resultnya tidak kan muncul. Lebih menyedihkan lagi pabila semua step dah berjaya namun step yang terakhir pula yang buat hal, apatah lagi nak menyiapkan semua step-step tu mengambil masa hampir seminggu itupun andai semuanya berjalan dengan baik, jika tidak badan mula letih, fikiran mula buntu, semangat mula hilang, jiwa makin tak keruan, akal saja yang masih waras…

Dan sesungguhnya itulah yang sedang terjadi saat ini, setelah berbulan-bulan berusaha, result yang dicari masih belum muncul-muncul, berbelas kali dicuba masih belum mendatangkan hasil yang diinginkan. Pelbagai cadangan dan saranan dari supervisor, co-supervisor, labmates sudah diambil kira, namun hasilnya tetap sama kegagalan mendapatkan result yang didambakan. Entah apa yang tidak kena dengan method pun menemui jalan buntu, bahkan labmates yang lain pun pening kepala, padahal inilah projek yang paling simple berbanding mereka yang hampir semuanya mengambil research untuk dokor falsafah, bertambahlah rasa rendah diri sebab masih belum berjaya, tapi mereka betul-betul berusaha membantu diri ini untuk mendapatkan result yang kucari, ini salah satu sifat yang kusukai bagi seorang researcher, saling membantu walau masing-masing ada masalah dalam research mereka.

Cuma bila semuanya nak membantu, kesannya lebih memeningkan kepala yang satu ini, sebab masing-masing memberitahu method yang mereka gunakan untuk satu experiment namun pelbagai versi method yang kudengari…

You should try this method…
Why don’t you try my method…
Try this one, confirm you will get result..
Ok, this time you do like this…
You should do like this…
Maybe you don’t do this…

Terima kasih kuucapkan atas pertolongan mereka yang cukup dedikasi, namun kepala ni hampir yang pecah nak memilih mana satu yang patut kucuba, walau standard method memang ada tapi kadangkala ia perlu diubah mengikut kesesuaian “bahan” yang ada. Susahnya nak memilih yang mana satu method terbaik masih berputar-putar dalam saraf otakku, seolah-olah susahnya seperti nak memilih bakal pasangan hidup melayari bahtera kehidupan ini.

Yang tu lawa jugak..
Yang tu pakai tudung
Yang tu kaya…
Yang tu banyak adik-beradik…
Yang tu menarik…
Yang tu pandai melawak…
Yang tu fikrah mantap..
Yang tu ikut tarbiyah..
Yang tu…Yang tu…

Semuanya nak disiasat agar dapat memilih pasangan idaman kalbu, merubat luka dikala duka, meneman jiwa yang kian sunyi, menagih kasih yang sering kosong dan banyak lagilah bahasa jiwang yang kadang kala nak muntah mendengar dan membacanya…
Cuma bezanya dengan research ialah masa untuk siapkan research ada timeline tersendiri contoh untuk master dua tahun, tetapi memilih pasangan hidup bukan untuk setahun dua tapi mudah-mudah hingga ke syurga sana bak kata kumpulan Hijaz.

Sekarang bukan masa memilih pasangan tapi masa untuk memilih yang mana satu method yang sesuai untuk mengeluarkan result yang segan-silu nak timbul. Insya ALLAH masanya akan tiba nanti, cuma penantian satu penyeksaan buat masa ini.

Akhirnya keputusan telah dibuat, maka kesemua cadangan labmatesku akan kubuat serentak, tawakal saja yang menjadi senjata yang mana satu dapat menghasilkan result yang dinantikan. Rasa ragu-ragu mula menghantui lantaran bimbang kegagalan berulang kembali, harap keyakinan mula tiba seperti mana yakinnya kepada kebenaran tidak seharusnya diselaputi dengan keraguan

Mudah-mudahan kali ini dapat kutemui si ‘dia’….Amiin.


Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).[94:1-8]

p/s-ditulis dalam lab virologi 143, semasa membuat experiment ligation for cloning the F gene of NDV strain AF2240 into pEGFP-N2 vector. Sekadar menenangkan jiwa mengulang experiment yang sama sejak sekian lama.

Regards
Mohd Halimi Abdul Aziz
24 Rabiul akhir 1429H,12:12a.m

NUKILAN SEORANG SAHABAT



Kupaparkan nukilan dari seorang sahabat yang sudi bersama denganku lewat tarbiyah di saat diri ini keseorangan mencari teman bernama sahabat....

untuk akhi Halimi, kupohon sampaikan cinta,
dan rindu pada insan yang bergelar Ibu

Betapa gemilangnya diri kini,
Dengan pancaran sinar ilmu,
Bertahun telah ku baktikan,
Demi kecintaan pada ilmu.


Betapa terbilangnya diri,
Di kalangan insan yang berdiri,
Mencapai kemahuan diri,
Yang lantaran semakin tinggi


Panggilkan gemilang itu,
Lambai kembali keterbilangan itu,
Pasak kembali cemerlang di bumi,
Kerna terlupa pada yang menabur budi dan bakti.


Rangsang kembali deria pendengaran,
Fokuskan kembali cabang penglihatan,
Berhati-hati kerana hati,
Cepat untuk melupai.


Insan itu,
Lesu pada wajahnya,
Namun tidak pada pandangannya,
Menghantar permatanya ke teratak kemuliaan,


Insan itu,
Kurang pada duniawi,
Lebih pada insani,
Dan lebih dalam ukhrawi.


Mana mungkin,
Mana mungkin,
Pada lembutnya jemarimu,
Dapat ku tahan sendu tangisan.


Pada sorotan tingkahmu,
Aku menyalut diri dengan kemuliaan,
Dan pada sorotan tingkahmu,
Aku mengenal cinta pandangan Tuhan.


Untuk Ibu,
Gemilang cinta dan penghormatan,
Untuk Ibu,
Terbilang cinta dan pengorbanan.




Salam,
Hari untuk Ibu,
Kehidupan dan cintaku,
Untuk Ibu.


Demi sahabat yang ku cinta,

Moga Bondamu sedang berada diantara taman-taman syurga-NYA. Amiin… Sempena pemergian Al-Marhumah Norihan binti Abdullah pada 29 April 2003. Al-Fatihah…


Setitis mutiara jatuh berkilauan tanpa ku sedari.


Saiful Mizan Saidin.
ku soroti kemuliaan cinta
ikhsaninsan.blogspot.com

p/s-JazakumulLLAH khairan kathiran
DEMI CINTA KITA BERDAKWAH
MENCARI KEMULIAAN DALAM KEHIDUPAN...