Lama x update blog??
Dah lama anta x menulis bakponya??
Saya dah tengok abg pnya blog tp dah lama xupdate…
Antara soalan yang terpapar di shoutbox, email dan juga sms, yang mana jawapannya bukan suatu yang mudah untuk dijelaskan kerana sang penulis sendiri masih mencari jawapannya kenapa tak mahu update blog nie, pelik sungguh kan.
Maka dua soalan diatas mula berlegar dalam benak ini, untuk apa blog ini di ‘update’ atau untuk siapa blog ini di ‘update’kan. Jika soalan untuk apa di ‘update’ maka jawapannya untuk mengisi masa lapang jika tiada apa-apa nak buat dan jika ada masa ‘free’, untuk meluahkan perasaan yang terbuku dihati saat tiada tempat lain nak mengadu, untuk menambahkan bilangan ‘posting’ artikel dalam blog ini atau salah satu cara nak lepaskan tension dalam diri lalu meng ‘update’ kan blog menjadi tugas seorang blogger.
Jika soalan untuk siapa ‘update’ maka jawapannya adalah untuk mereka yang sudi berkunjung ke laman ini, kepada kawan-kawan mahupun adik-adik yang mengenali diri ini juga untuk mereka yang tak sengaja terjumpa blog ini atau untuk diri sendiri yang berusaha untuk mengenali siapa dirinya yang sebenar. Jadi sama ada blog ini di ‘update’ atau tidak sepatutnya tidak harus menjadi masalah kepada orang lain kerana blog ini kepunyaan sang penulis maka ikut suka hatinya nak update atau tidak. Apatah lagi bila melihat sebahagian blog-blog lain bahkan sudah berbulan-bulan tidak di’update’.
Inilah jawapan yang diberikan sebagai seorang insan biasa yang mempunyai fitrah yang sama dengan orang lain, andai ini saja alasan untuk blog ini di ‘update’ maka diri ini telah melupakan saat kali pertama diri ini mula memasuki dunia maya ini sebagai medan perjuangan menyampaikan nasihat kepada insan lain, terlupa akan matlamat dan tujuan diri ini menjadi seorang penulis melalui blog ini, terlupa akan tanggungjawabnya mendidik umat lewat tulisannya.
Memang sifat seorang insan akan terlupa, lantaran itulah peringatan suatu yang harus disampaikan menggunakan sarana tazkirah mahupun tulisan.
“Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman”.[Adz Dzaariyaat 51:55]
Saban waktu setelah menulis sebuah artikel, diri ini tertanya-tanya adakah mereka yang membacanya memahami apa yang ingin disampaikan, apakah perubahan yang terjadi setelah membacanya, apakah manfaat atau mudaratnya. Adakah tulisan itu mampu membangkitkan semangat mereka untuk mengingatkan orang lain pula atau sekadar menjadi bahan bacaan disaat kelapangan masa mula hadir lalu ia hanya menjadi ‘sleeping story’ beralaskan tilam empuk dan bantal golek.
Diri ini ternyata kagum saat melihat insan lain yang berjuta kali lebih sibuk dari diriku tapi mampu mencoretkan sebuah tulisan yang dapat menggugah semangat dan menyedarkan insan lain lewat tulisan-tulisan mereka. Ternyata masa-masa mereka begitu berharga dan dimanfaatkan sebaik-baiknya. Walaupun begitu diri ini juga percaya pastinya mereka bukan menulis untuk suka-suka tapi dengan sebuah matlamat dan tujuan yang jelas.
Persoalannya adakah kita mengambil manfaat lewat tulisan serta kesungguhan mereka menyampaikan risalah Islam dengan harapan untuk membetulkan umat dari segi pemikiran, pendidikan, sosial, ekonomi, kesihatan dan negara menggapai kemuliaan dengan Islam. Atau kita hanya sekadar menjadi pendengar yang setia lalu hanya mampu menforwardkan email-email tazkirah yang sering diakhiri dengan hadith yang cukup popular “Sampaikanlah dariku walau satu ayat”. Kenapa kita sendiri tidak mahu menulis agar manfaatnya lebih terasa buat diri dan orang lain, agar kita tidak lagi hanya menjadi pendengar setia tetapi mula mengorak langkah untuk menjadi penyampai yang setia pula.
Mudah-mudahan kita bersama-sama menjadi orang yang belajar dan mengajar orang lain agar perubahan yang kita cita-citakan akan menampakkan hasilnya kelak
"Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.”[Ali ‘Imran 3:79]

Akhirnya diri ini ingin mengucapkan terima kasih buat mereka yang masih sudi membaca seculit nasihat dan peringatan melalui tulisan dari insan yang penuh kekurangan dan kelemahan ini serta ingatan untuk sentiasa ‘update’kan blog ini. Mohon juga doa kalian supaya sentiasa istiqamah untuk memberikan peringatan kerana blog ini diwujudkan Insya ALLAH untuk agama yang mulia ini kerana
“Dari Abu Ruqayah tamim bin Aus Ad-Dari ra. berkata Nabi saw bersabda “ Agama adakah nasihat, kami bertanya, Untuk siapa? Beliau menjawab “Untuk ALLAH, kitab-Nya, Rasulnya, para pemimpin kaum Muslimin dan manusia pada umumnya.”[HR Muslim]
Juga harapnya agar blog ini bakal menjadi pahala yang berpanjangan di akhirat kelak dengan ilmu yang bermanfaat darinya, andai tersilap dan tersalah dalam mengungkapkan bicara maka teguran yang sewajarnya harus diutarakan untuk kebaikan bersama. Sekarang giliran kalian pula untuk beramal. Persembahkanlah tulisanmu wahai umat Muhammad yang mengaku Muslim sejati. Angkatlah penamu supaya cahaya Islam akan memancar dari salah satu tulisanmu.
7 Safar 1429H 01:00a.m
No comments:
Post a Comment