Wednesday, April 30, 2008

NUKILAN SEORANG SAHABAT



Kupaparkan nukilan dari seorang sahabat yang sudi bersama denganku lewat tarbiyah di saat diri ini keseorangan mencari teman bernama sahabat....

untuk akhi Halimi, kupohon sampaikan cinta,
dan rindu pada insan yang bergelar Ibu

Betapa gemilangnya diri kini,
Dengan pancaran sinar ilmu,
Bertahun telah ku baktikan,
Demi kecintaan pada ilmu.


Betapa terbilangnya diri,
Di kalangan insan yang berdiri,
Mencapai kemahuan diri,
Yang lantaran semakin tinggi


Panggilkan gemilang itu,
Lambai kembali keterbilangan itu,
Pasak kembali cemerlang di bumi,
Kerna terlupa pada yang menabur budi dan bakti.


Rangsang kembali deria pendengaran,
Fokuskan kembali cabang penglihatan,
Berhati-hati kerana hati,
Cepat untuk melupai.


Insan itu,
Lesu pada wajahnya,
Namun tidak pada pandangannya,
Menghantar permatanya ke teratak kemuliaan,


Insan itu,
Kurang pada duniawi,
Lebih pada insani,
Dan lebih dalam ukhrawi.


Mana mungkin,
Mana mungkin,
Pada lembutnya jemarimu,
Dapat ku tahan sendu tangisan.


Pada sorotan tingkahmu,
Aku menyalut diri dengan kemuliaan,
Dan pada sorotan tingkahmu,
Aku mengenal cinta pandangan Tuhan.


Untuk Ibu,
Gemilang cinta dan penghormatan,
Untuk Ibu,
Terbilang cinta dan pengorbanan.




Salam,
Hari untuk Ibu,
Kehidupan dan cintaku,
Untuk Ibu.


Demi sahabat yang ku cinta,

Moga Bondamu sedang berada diantara taman-taman syurga-NYA. Amiin… Sempena pemergian Al-Marhumah Norihan binti Abdullah pada 29 April 2003. Al-Fatihah…


Setitis mutiara jatuh berkilauan tanpa ku sedari.


Saiful Mizan Saidin.
ku soroti kemuliaan cinta
ikhsaninsan.blogspot.com

p/s-JazakumulLLAH khairan kathiran
DEMI CINTA KITA BERDAKWAH
MENCARI KEMULIAAN DALAM KEHIDUPAN...

No comments: