Wednesday, April 30, 2008

YANG MANA SATU NAK KUPILIH


Menyambung pengajian dalam bidang research dalam bidang molecular biology atau lebih tepat virology memang sedikit mencabar, kerana setiap experiment yang dibuat hanya diketahui resultnya setelah menempuh beberapa experiment yang lain, jika step pertama tidak berjaya, jangan harap nak teruskan experiment kedua, confirm resultnya tidak kan muncul. Lebih menyedihkan lagi pabila semua step dah berjaya namun step yang terakhir pula yang buat hal, apatah lagi nak menyiapkan semua step-step tu mengambil masa hampir seminggu itupun andai semuanya berjalan dengan baik, jika tidak badan mula letih, fikiran mula buntu, semangat mula hilang, jiwa makin tak keruan, akal saja yang masih waras…

Dan sesungguhnya itulah yang sedang terjadi saat ini, setelah berbulan-bulan berusaha, result yang dicari masih belum muncul-muncul, berbelas kali dicuba masih belum mendatangkan hasil yang diinginkan. Pelbagai cadangan dan saranan dari supervisor, co-supervisor, labmates sudah diambil kira, namun hasilnya tetap sama kegagalan mendapatkan result yang didambakan. Entah apa yang tidak kena dengan method pun menemui jalan buntu, bahkan labmates yang lain pun pening kepala, padahal inilah projek yang paling simple berbanding mereka yang hampir semuanya mengambil research untuk dokor falsafah, bertambahlah rasa rendah diri sebab masih belum berjaya, tapi mereka betul-betul berusaha membantu diri ini untuk mendapatkan result yang kucari, ini salah satu sifat yang kusukai bagi seorang researcher, saling membantu walau masing-masing ada masalah dalam research mereka.

Cuma bila semuanya nak membantu, kesannya lebih memeningkan kepala yang satu ini, sebab masing-masing memberitahu method yang mereka gunakan untuk satu experiment namun pelbagai versi method yang kudengari…

You should try this method…
Why don’t you try my method…
Try this one, confirm you will get result..
Ok, this time you do like this…
You should do like this…
Maybe you don’t do this…

Terima kasih kuucapkan atas pertolongan mereka yang cukup dedikasi, namun kepala ni hampir yang pecah nak memilih mana satu yang patut kucuba, walau standard method memang ada tapi kadangkala ia perlu diubah mengikut kesesuaian “bahan” yang ada. Susahnya nak memilih yang mana satu method terbaik masih berputar-putar dalam saraf otakku, seolah-olah susahnya seperti nak memilih bakal pasangan hidup melayari bahtera kehidupan ini.

Yang tu lawa jugak..
Yang tu pakai tudung
Yang tu kaya…
Yang tu banyak adik-beradik…
Yang tu menarik…
Yang tu pandai melawak…
Yang tu fikrah mantap..
Yang tu ikut tarbiyah..
Yang tu…Yang tu…

Semuanya nak disiasat agar dapat memilih pasangan idaman kalbu, merubat luka dikala duka, meneman jiwa yang kian sunyi, menagih kasih yang sering kosong dan banyak lagilah bahasa jiwang yang kadang kala nak muntah mendengar dan membacanya…
Cuma bezanya dengan research ialah masa untuk siapkan research ada timeline tersendiri contoh untuk master dua tahun, tetapi memilih pasangan hidup bukan untuk setahun dua tapi mudah-mudah hingga ke syurga sana bak kata kumpulan Hijaz.

Sekarang bukan masa memilih pasangan tapi masa untuk memilih yang mana satu method yang sesuai untuk mengeluarkan result yang segan-silu nak timbul. Insya ALLAH masanya akan tiba nanti, cuma penantian satu penyeksaan buat masa ini.

Akhirnya keputusan telah dibuat, maka kesemua cadangan labmatesku akan kubuat serentak, tawakal saja yang menjadi senjata yang mana satu dapat menghasilkan result yang dinantikan. Rasa ragu-ragu mula menghantui lantaran bimbang kegagalan berulang kembali, harap keyakinan mula tiba seperti mana yakinnya kepada kebenaran tidak seharusnya diselaputi dengan keraguan

Mudah-mudahan kali ini dapat kutemui si ‘dia’….Amiin.


Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).[94:1-8]

p/s-ditulis dalam lab virologi 143, semasa membuat experiment ligation for cloning the F gene of NDV strain AF2240 into pEGFP-N2 vector. Sekadar menenangkan jiwa mengulang experiment yang sama sejak sekian lama.

Regards
Mohd Halimi Abdul Aziz
24 Rabiul akhir 1429H,12:12a.m

NUKILAN SEORANG SAHABAT



Kupaparkan nukilan dari seorang sahabat yang sudi bersama denganku lewat tarbiyah di saat diri ini keseorangan mencari teman bernama sahabat....

untuk akhi Halimi, kupohon sampaikan cinta,
dan rindu pada insan yang bergelar Ibu

Betapa gemilangnya diri kini,
Dengan pancaran sinar ilmu,
Bertahun telah ku baktikan,
Demi kecintaan pada ilmu.


Betapa terbilangnya diri,
Di kalangan insan yang berdiri,
Mencapai kemahuan diri,
Yang lantaran semakin tinggi


Panggilkan gemilang itu,
Lambai kembali keterbilangan itu,
Pasak kembali cemerlang di bumi,
Kerna terlupa pada yang menabur budi dan bakti.


Rangsang kembali deria pendengaran,
Fokuskan kembali cabang penglihatan,
Berhati-hati kerana hati,
Cepat untuk melupai.


Insan itu,
Lesu pada wajahnya,
Namun tidak pada pandangannya,
Menghantar permatanya ke teratak kemuliaan,


Insan itu,
Kurang pada duniawi,
Lebih pada insani,
Dan lebih dalam ukhrawi.


Mana mungkin,
Mana mungkin,
Pada lembutnya jemarimu,
Dapat ku tahan sendu tangisan.


Pada sorotan tingkahmu,
Aku menyalut diri dengan kemuliaan,
Dan pada sorotan tingkahmu,
Aku mengenal cinta pandangan Tuhan.


Untuk Ibu,
Gemilang cinta dan penghormatan,
Untuk Ibu,
Terbilang cinta dan pengorbanan.




Salam,
Hari untuk Ibu,
Kehidupan dan cintaku,
Untuk Ibu.


Demi sahabat yang ku cinta,

Moga Bondamu sedang berada diantara taman-taman syurga-NYA. Amiin… Sempena pemergian Al-Marhumah Norihan binti Abdullah pada 29 April 2003. Al-Fatihah…


Setitis mutiara jatuh berkilauan tanpa ku sedari.


Saiful Mizan Saidin.
ku soroti kemuliaan cinta
ikhsaninsan.blogspot.com

p/s-JazakumulLLAH khairan kathiran
DEMI CINTA KITA BERDAKWAH
MENCARI KEMULIAAN DALAM KEHIDUPAN...

Sunday, April 27, 2008

WARKAH BUAT IBU



Warkah ini kutujukan buat ibu tercinta yang sentiasa dalam ingatanku hingga ke saat ini dan selamanya…..

IBU,

Betapa hati ini ingin mengucapkan terima kasih kepadamu atas kesanggupanmu memikul segala bebanan dan kesusahan mengandungkan diri ini dalam kandunganmu selama berbulan-bulan lamanya, terima kasih atas pengorbananmu menanggung keperitan untuk melahirkan diri ini ke muka bumi 23 tahun yang lalu, terima kasih atas kelembutanmu menjaga diri ini saat diri ini masih bayi serta kesedianmu bersekang mata menahan tidurmu semata-mata melayan tangisku dan menjagaku daripada gigitan nyamuk di malam hari, terima kasih kerana keramahanmu menyuapkan makanan di mulutku serta kesabaranmu melihat makanan yang disuap itu tersembur keluar mengotorkan tempat makananku, terima kasih atas kerajinanmu melatih aku berdiri, berjalan dan berlari dengan sebaiknya termasuklah kepetahanmu mengajarku bertutur sedikit-demi sedikit tanpa jemu dan malas walau yang mampu disebutku ketika itu hanyalah tangisan, terima kasih atas kesabaranmu melayan kerenahku yang pastinya lebih banyak menyusahkan dirimu namun dikau sentiasa mengukirkan senyuman kasih-sayangmu yang tidak berbelah bagi ke atas diriku, terima kasih kerana pergorbanan itu masih berterusan….

Saat diri ini sudah mendapat pendidikan formal ternyata dikau masih sanggup meluangkan masamu menemakan diri ini walau tugasmu yang lain masih banyak yang belum diselesaikan, bahkan setelah pulang dikau menyediakan makanan kegemaranku dengan tanganmu yang tidak pernah kenal erti penat dan malas untuk terus memberikan yang terbaik untuk diriku, dikau jua sering gelisah andai aku ditimpa musibah dan masalah dalam hidupku, betapa kasih sayangmu sering menjadi benteng kemarahanmu andai ada salah dan silap yang kuperbuat, kasih sayangmu tidak pernah berubah dan ia sentiasa hadir dalam sikap dan tutur bicaramu sejak diriku masih kecil hinggalah dewasa, Kasih sayangmu jua sering menjadi pengubat kesedihanmu jika ada perbuatanku yang tidak dikau senangi bahkan dikau sering menyembunyikan kesedihanmu itu jauh di sudut hatimu hingga ia terus lenyap lantaran kasih sayangmu yang cukup tebal tersemat dalam jiwamu, kasih sayangmu juga menjadi kekuatanmu untuk berdepan dengan segala kesulitan yang muncul semasa menjaga diriku dan dikau tidak pernah mengatakan bosan untuk menjaga seorang insan yang bergelar anakmu ini bahkan kegembiraan demi kegembiran, kepuasan demi kepuasan yang sering dikau rasakan lantaran hadirnya bukan hanya diriku seorang tetapi enam orang semuanya. Betapa ALLAH telah menunjukkan kasih sayang-Nya dengan memberikan diri ini seorang manusia yang bergelar IBU.

Wahai IBU yang kuhormati,

Hari ini, diri ini semakin meningkat dewasa dan seringkali segala pengorbananmu dahulu kulupai sedikit demi sedikit kerana diri ini sudah mempunyai tugas dan tangungjawabnya sendiri, jika dahulu diri ini sering memerlukan pertolonganmu kerana masih belum mampu berdikari, tetapi setelah tahun demi tahun berlalu dan diri ini sudah boleh berdikari maka pertolonganmu seolah-olah sudah tidak diperlukan lagi atau semakin kurang diperlukan. Untuk itu izinkan ku memohon maaf darimu jika diri ini pernah membuatkan hatimu gelisah, maafkan diriku jika diri ini pernah membuatkan dikau merasa sendirian lantaran berada jauh darimu, maafkan diriku jika pernah membuatkan dikau tidak lena tidur memikirkan diriku yang sudah kurang menghubungimu, maafkan diri ini jika pernah menguris hatimu lewat kata-kataku yang tidak dikau sukai, maafkan diri ini jika pernah membuatmu menangis lewat tingkah laku atau keputusan yang kuperbuat tidak seperti yang dikau inginkan, maafkan diriku jika pernah membuatmu kecewa lantaran kesilapan yang kulakukan dihadapanmu, maafkan diriku jika pernah kupaparkan keegoanku dihadapanmu lantaran tidak bersetuju sesuatu perkara denganmu, maafkan diriku jika pernah kutinggikan suaraku ketika berbicara denganmu hingga airmatamu mengalir tanpa pengetahuan diriku, maafkan diriku kerana tidak berkesempatan menabur bakti kepadamu dalam kehidupan yang serba singkat ini. Adakah dikau sudi memaafkan diri ini wahai IBU??

Wahai IBU yang kuhargai,

Sukarnya lidah ini melafazkan rasa cinta kepadamu saat dikau masih bersama-sama denganku, dan dikau masih belum mendengar ucapan itu terungkap dariku. walau saat ini diri ini benar-benar ingin mengucapkannya kepadamu, namun dikau telah pergi menemui RABBmu dengan penuh ketenangan, jiwamu pun berlalu meninggalkan diriku. Ternyata seminggu sebelum pemergianmu kita berbicara buat kali yang terakhir di muka bumi ini dan kata-katamu “Kenapa jauh sangat ini” kerana perlahannya suara yang dikau dengari lewat perbualan melalui telefon membuatkan kata-kata itu terngiang-ngiang dalam benakku kerana akhirnya IBU memang akan pergi nun ‘jauh’ di sana. Hanya airmata yang sentiasa mengalir semasa dalam perjalanan dari Perak ke Pahang untuk melihatmu buat kali yang terakhir. Namun takdir Ilahi mendahului bahawa anakmu ini satu-satunya yang tidak sempat melihat dan mencium dahimu buat kali yang terakhir. Ketibaanku hanya dapat melihat pusaramu yang telah siap ditutupi tanah merah semerah mawar dan rinduku padamu. Walaupun begitu tersirat hikmah yang sungguh besar pada diriku kerana dalam memori ingatanku hanya saat-saat indah semasa dikau masih hidup yang sentiasa kuingati dan aku tidak pernah melihatmu dikafan dan dikebumikan seolah-olah dikau sentiasa hidup dalam hatiku. Airmata ini akan mula mengalir saat menghayati bait-bait lagu yang berkaitan dengan IBU, hargailah IBU kalian saat mereka masih bersamamu kerana IBU adalah anugerah ALLAH yang tidak mungkin dicari gantinya. Kupanjatkan doa buat dikau wahai IBU, moga diterima segala amalan kebaikanmu dan diampuni segala dosamu serta menjadi pahala yang berpanjangan buatmu di alam barzakh dan kuberharap agar kita akan diper‘temu’kan nanti. WAHAI IBU, AKU MENCINTAIMU……

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."[Al Israa’ 17:24]

Moga IBU sedang berada diantara taman-taman syurga-NYA. Amiin…
Sempena pemergian Al-Marhumah Norihan binti Abdullah pada 29 April 2003.
Al-Fatihah…

Daripada anakandamu,
Mohd Halimi Abdul Aziz
21 Rabiul Akhir 1429H, 03:56a.m.

BUATMU IBU

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Aeman

UNTUKMU IBU

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Ibu...
Exist (Rahim Othman / Megat)

Wednesday, April 16, 2008

"BERAT" ITU "KETERPAKSAAN"




“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa “ringan” maupun “berat”, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”[At-Taubah 9:41]


Ayat diatas pernah dibacakan oleh seorang sahabat RasuluLLAH saat dirinya telah berumur 80 tahun dan menyatakan hasratnya kepada kaum Muslimin untuk turut berperang bersama mereka menentang Konstantinople, kubawakan kisahnya di sini.
Dia berkata kepada kaum Muslimin, “Ajaklah saya untuk berperang!!!” Mereka menjawab, “Engkau tidak bisa melakukan itu. Jika engkau berperang, maka engkau akan jatuh.” Mendengar hal ini, dia membaca firman ALLAH swt di atas. Nama sahabat itu adalah Abu Ayyub Al-Ashari r.a.

Lihatlah semangat dan kesungguhan yang cukup luar biasa, dari seorang tua yang mempunyai semangat seperti pemuda, dia merasakan ayat di atas menjadi dalil dan hujah baginya untuk tetap berjuang di medan perang walau usia semakin lanjut, kerana baginya yang “ringan” itu adalah untuk orang-orang muda yang ada kekuatan untuk pergi berperang sedangkan yang “berat” itu adalah untuk dirinya yang semakin lanjut usia dan kekuatan juga semakin kurang namun kewajipan untuk berangkat dalam menegakkan agama ALLAH harus tetap dipikul.

Saat membaca kisah ini, kumerasakan betapa prinsip sahabat ini yang merasakan yang “berat” itu adalah dirinya seolah-olah suatu pemaksaan atas dirinya untuk berjuang. Namun baginya ia bukanlah suatu paksaan tapi merupakan sebuah kewajipan baginya. Insan yang mempunyai prinsip seperti ini terlalu sukar untuk dijumpai saat ini, ingin membina kembali sifat-sifat seperti para sahabat juga bukan suatu tugas yang mudah di zaman ini.

Manusia tidak pernah suka jika dipaksa melakukan sesuatu, hatta binatang pun benci dan marah jika dipaksa. Begitu jua tatkala seorang insan ingin masuk ke dalam agama fitrah ini tidak boleh dengan paksaan. Tetapi jika kaki telah melangkah memasuki agama ini, ada kewajipan dan tanggungjawab yang harus dipikul, pun begitu seringkali kewajipan dan tanggungjawab itu ditafsir seolah-olah seperti pemaksaan ke atas individu Muslim.

“Kenapa mesti solat?”
“Kenapa mesti pakai tudung?”
“Kenapa mesti tutup aurat?”
“Kenapa mesti puasa?”
“Kenapa mesti jauhi riba’?”
“Kenapa mesti berdakwah?”
“Kenapa mesti…??????

Logik akalnya, memang nampak suatu pemaksaan, tatkala sebahagian kewajipan tersebut diistilahkan sebagai “mesti buat”. Lalu kita pun melakukannya dengan istilah “janji buat” . Akhirnya kesan dari setiap amalan itu tidak mampu menghalang kita dari mencampur adukan antara kebatilan dan kebenaran dalam masa yang sama.

“Surau dah pergi, konsert pun join sekali”
“Aurat dah tutup, tapi nampak segalanya”
“Hari nie puasa sunat, bukak puasa dengan awek”
“Hari nie bagi tazkirah, esok caci-maki orang lain”

“Buat baik salah, buat jahat salah, apa maknanya nie?,
“Takde maknanya” bak kata muda-mudi sekarang,
“Tau takpe” sampuk yang lain pula.

Adakah itu jawapan yang sewajarnya kita terima andai betul setiap amalan kita tiada maknanya sama ada yang baik mahupun buruk. Adakah cukup sekadar tahu sahaja tanpa mahu mengubahnya?

Di sisi yang lain, sebahagian kita tidak merasakan seperti dipaksa semasa bersekolah dahulu seperti mesti mematuhi beberapa peraturan “batch” bagi yang tinggal di asrama, sama ada peraturan itu cerdik mahupun tidak, semuanya patuh dan taat.

Semasa mula melanjutkan pelajaran di universiti, pernahkah kita mengatakan yang belajar hingga larut malam itu satu pemaksaan, mengikuti aktiviti kolej dan asrama itu satu pemaksaan, mengikuti segala program universiti demi mengumpul merit sebanyak-banyaknya sebagai satu pemaksaan walau semuanya seringkali mencengkam jiwa dan raga namun diri tetap akur melaksanakan kesemuanya.

Semasa mendapatkan pekerjaan untuk menampung sisi kehidupan di muka bumi ini, pernahkah kita mengatakan bahawa kerja ‘overtime’ itu satu pemaksaan, punch card seawal pagi itu satu pemaksaan, menyiapkan tugasan pada masanya itu satu pemaksaan, walau hati seringkali memberontak tapi hakikatnya semuanya dilakukan dengan sebaik-baiknya agar tidak digugurkan di kemudian hari.

Berbeza pula sikapnya pabila tanggungjawab agama yang sejak azali lagi telah dibebankan kepada seorang Muslim, merasakan ia adalah satu pemaksaan atas dirinya serta menceroboh kebebasan hak asasi mereka!!! Merasakan tugasan yang diberi suatu yang berat dan memaksa umatnya untuk bekerja demi agama-Nya.

Begitulah sedikitnya insan yang sanggup memikul ‘berat’nya tanggungjawab agama ini seperti Abu Ayyub, kerana kita lebih selesa untuk mengerjakan yang ‘ringan’ sahaja.

“Solat sunat?, tak wajib pun kan”
“Baca Quran?, bukan selalunya baca malam jumaat?”
“Tahujud?, huaaa…ngantuknya…..”
“Tazkirah?, aku dengar jelah, nak bagi tazkirah tak cukup ilmu.”

Lanjutan itu juga ruang dan masa untuk agama ini cuma di saat-saat kita “ringan” atau lapang sahaja dilakukan, namun bila bertembung dengan aktiviti, komitmen ataupun urusan lain, agama menjadi aktiviti terakhir dilakukan. Saat diajak untuk menjadi pendokong kebenaran dan pemberi peringatan di saat-saat “berat” itu pelbagai alasan mula terlontar.

“Banyak assignment tak siap lagi”
“Merit tak cukup lagi, banyak aktiviti kena join dulu”
“Sepanjang minggu ada test harian”
“Nak balik rumah saban minggu”
“Jurnal berlambak tak abih baca”
“Research project banyak tak siap lagi”
“Kerja overtime hari-hari”
“Isteri dan anak-anak dirumah takde orang jaga”

Masa yang “berat” itu adalah keterpaksaan bagi mereka tapi tidak dalam hal-hal lain, lantas golongan yang sedikit itulah yang memaksa diri mereka untuk tetap berjuang walau terpaksa mengorbankan masa-masa “berat” mereka.

Seolah-olah golongan yang sedikit itu tidak ada tanggungjawab dan urusan lain, tetapi tatkala melihat kurangnya sambutan golongan yang ramai itu terhadap tanggungjawab agama ini, apakah lagi bahasa yang boleh diungkapkan melainkan melaksanakan tanggungjawab itu dengan bahasa amal yang mereka termampu daripada hanya berpangku tubuh tanpa berbuat apa-apa, apatah lagi jika hanya tahu melihat dan mendengar sahaja, lebih teruk jika hanya tahu mencari-cari kesalahan orang lain sedangkan diri sendiri masih tidak berbuat apa-apa.

“Berat” itu bagi seorang pejuang adalah sebuah “keterpaksaan” dengan hati yang rela kerana keterpaksaan itu merupakan tanggungjawab yang harus dipikul sebelum nyawa diambil, dan agar keterpaksaan itu bakal menjadi jawapan di sana kelak bahawa mereka telah menyampaikan apa yang diperintahkan-Nya. Harapan menggunung agar keterpaksaan itu akan membawa kepada kerelaan Sang Pencipta memasukkan mereka ke dalam “Rumah yang berat dengan perhiasan dan keindahan”

Dimanakah Abu Ayyub Al-Ashari zaman ini???

“Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.[At-Taubah 9:42]

Regards,
Mohd Halimi Abdul Aziz
10 Rabiul Akhir 1429H 02:46a.m.

Mengenang Rantisi: DOKTOR YANG RINDU SYAHID



Banyak dokter di muka bumi dengan berbagai macam keahlian dan spesialisasinya, tetapi sedikit sekali di antara mereka yang hafal Al-Qur’an dan merindukan syahid di jalan Allah, di antara yang sedikit itu adalah dokter Abdul Aziz Rantisi. Dokter Abdul Aziz Rantisi lahir pada tanggal 23 Oktober 1947 di desa Bina, terletak di antara Askalan dan Yafa. Memiliki nama lengkap Abdul Aziz Ali Abdul Hafidz Ar Rantisi merupakan seorang dokter spesialis anak yang pernah bertugas di Rumah Sakit Naser, di lingkungan Kamp Khan Yunis, Jalur Gaza pada tahun 1976.


Beliau aktif disejumlah organisasi dintaranya sebagai anggota Komite Islam, Organisasi Kedokteran Arab di Jalur Gaza. Menjadi dosen di Universitas Islam Gaza sejak dibuka pada tahun 1987 dengan memberikan mata kuliah Ilmu Genetik dan Parasit.


Abdul Aziz Rantisi merupakan murid dari Syekh Ahmad Yasin, tokoh spiritual, qiyadah/ pemimpin pejuang Palestina melawan penjajah Zionis Israel di abad modern ini. Di bawah bimbingan Syekh Yasin, Abdul Aziz Rantisi dapat memahami arti kehidupan dan perjuangan untuk meraih kesuksesan/ keberuntungan yang sesungguhnya, tegar dalam menghadapi cobaan, tidak terbuai dengan godaan dunia dan yang lebih penting lagi adalah bercita-citanya untuk mati syahid.


Beliau pernah dipenjara ditahanan Kaffar Yunah bersama Sang Guru, Syekh Ahmad Yasin dan beberapa pejuang Palestina lainnya dari Hamas. Di penjara tersebut Abdul Aziz Rantisi melakukan muraja’ah (mengulang) Al-Qur’an yang sudah hafal diluar kepalanya sejak tahun 1990. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.


Untuk merealisasikan cita-citanya untuk mati syahid, selain berdo’a, beliau berjuang dengan ikhlas, tidak cinta dunia, tidak takut kepada siapapun kecuali kepada Allah, tidak mau kompromi dengan Zionis Israel, penjajah yang akan menghancurkan masjid Al-Aqsha, kiblat umat Islam pertama.


Ketika Syekh Ahmad Yasin syahid, Senin, 22 Maret 2004 karena dirudal penjajah Zionis Israel. Maka estafeta/ kelanjutan tampuk qiyadah/ kepemimpinan Hamas diembannya dengan penuh tanggung jawab dan amanah. Beliau sebagai qiyadah/pemimpin pengganti Syekh Ahmad Yasin sangat hati-hati terhadap uang atau materi dan amanah merupakan bagian dari hidupnya, sehingga beliau ditsiqahi (dipercaya) oleh pengikut dan pendukungnya.


Ada kata-kata hikmah yang menjelaskan Tiada Tsiqah Tanpa Amanah, artinya bagaimana mungkin seseorang akan tsiqah (percaya) kalau orang yang diberi amanah apalagi sebagai qiyadah/ pemimpin dalam bermuamalah dengan anggota atau umat tidak amanah, berbohong, bersilat lidah untuk memperkaya diri atau menyelamat diri sendiri.


Syekh Abu Bakar Al-‘Awawidah, anggota Rabithah Ulama Palestina di Suriah ketika berkunjung ke Indonesia, tepatnya hari Jum’at, 28 September 2007/17 Ramadhan 1428H bercerita kepada penulis tentang saat-saat terakhir kehidupan dr. Abdul Aziz Rantisi setelah dihantam roket penjajah Zionis Israel, Ketika badannya dipenuhi darah, kondisi sudah mulai agak lemah, beliau (Abdul Aziz Rantisi) menunjuk ke kantong celananya, pengawalnya tidak paham apa maksudnya, setelah tangan pengawalnya dimasukkan ke kantong celana dr. Abdul Aziz Rantisi tampaklah beberapa uang, dr. Abdul Aziz Rantisi dengan kondisi tubuh yang sudah lemah meyampaikan pesan kepada pengawalnya, berikan uang tersebut kepada si fulan, Subhanallah, Allah memberikan kesempatan dan peluang kepada dr. Abdul Aziz Rantisi untuk meninggalkan dunia tanpa beban dan hutang serta menunaikan amanah untuk disampaikan kepada yang berhak.


Bahkan sehari sebelum dihantam roket penjajah Zionis Israel, beliau sudah mengambil uang tabungan gajinya selama mengajar di Universitas Islam Gaza dan menghitung hutang yang akan dilunasinya. Termasuk beliau memberikan bantuan untuk biaya pernikahan anaknya, Ahmad. Setelah itu beliau berkata, ”Sekarang, jika saya menemui Tuhanku, maka aku dalam keadaan bersih. Saya tidak memiliki apa-apa dan tidak ada tanggungan apa-apa.”


Pada hari Sabtu, 25 Shafar 1425/ 17 April 2004, dokter yang rindu syahid, dr. Abdul Aziz Rantisi dihantam rudal zionis Israel, Innalillahi wainna ilaihi raji’un (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali), QS: Al-Baqarah/ 2: 156, maka tercapailah keinginannya seperti kalimat yang pernah dia ucapkannya: Kita akan mati suatu hari nanti, tiada apa yang dapat mengubahnya. Jika maut disebabkan Apache (helikopter tempur buatan Amerika) atau serangan jantung, saya lebih rela memilih Apache..."


Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezki.(QS: Ali Imran/3: 169).


(Ferry nur S.Si/ Sekjen KISPA ferryn2006@yahoo.co.id/rz)

SEMPENA PEMERGIANNYA TANGGAL 17 APRIL 2004

Monday, April 14, 2008

PESTA BUKU 2008


Akhirnya dapat juga kujejakkan kaki ke pesta buku bagi tahun 2008 ini, walau mulanya rasa tiada harapan untuk menghadirkan diri disebabkan ruang masa yang kadang-kadang memeningkan diri untuk menguruskannya, nak dikatakan sibuk melampau-lampau tidaklah juga tapi jika tak diuruskan sebaiknya, banyak benda yang tak dapat dibuat. Apapun, AlhamduliLLAH berjaya juga pergi ke pesta buku kali ini.

Letih berjalan melihat pelbagai ‘booth’ dengan buku-buku yang berbagai tajuk dan sebahagian penulis buku yang hadir mempromosikan buku masing-masing, ditambah lagi terpaksa menempuh lautan manusia yang berpusu-pusu mencari buku-buku yang diminati, membuatkan diri ini merasakan bahawa generasi hari ini masih mencintai bahasa buku.

Buku adalah sebuah wadah yang biasa digunakan oleh para penulis untuk menyebarkan segala ilmu, pengalaman dan pemikiran mereka dalam bentuk tulisan pada helaian-helaian kertas. Ia ternyata berbeza dengan tulisan pada alam maya yang mana hanya dibaca pada paparan komputer dan laptop sahaja, hatta jika di’print’ pun, pasti masih ada perbezaannya.

Pasti setiap penulis yang membukukan tulisan mereka mengharapkan manfaat dari penulisan mereka, minima jika tidak memahami sepenuhnya apa yang ingin disampaikan, sedikit pun jadilah. Apatah lagi andai setiap penulisan mereka akan menjadi panduan dan inspirasi kepada setiap yang membacanya, agar menjadi pahala yang berterusan di akhirat kelak.

Buku juga bakal menjadi warisan yang berterusan kepada generasi terkemudian hingga menjadi bualan generasi seterusnya atas setiap penulisan yang dikarang sang penulis andai telah pergi meninggalkan muka bumi kelak.

Demikian itulah kita membaca kisah Umar r.a begitu bersungguh-sungguh mengusulkan agar Al-Quran dibukukan tatkala melihat ramainya penghafal Quran gugur di dalam peperangan dan kesan dari usulan itu menjadikan Al-Quran masih tetap kekal keaslian tulisan dan maknanya hingga berada dalam setiap rumah orang Islam ketika ini.

Keghairahan manusia mencari buku-buku di pesta buku yang lalu, membuktikan kehebatan kuasa buku mempengaruhi minda masyarakat. Cuma harapnya keghairahan itu juga mengalir saat melihat “Buku Quran” yang telah lama berada di tangan kita semua.
Kerana penulisnya adalah Raja kepada segala penulis dan yang mempromosikan “Buku Quran” ini juga merupakan individu yang hebat kata-kata dan peribadinya.

Begitu juga kita melihat lautan manusia berusaha mendapatkan tandatangan sang penulis dan kata-kata hikmat daripada mereka sebagai tanda kepuasan dan kegembiraan, belum dikira lagi andai dapat bergambar dengan sang penulis buku-buku yang dibeli, betapa bahagianya hidup ini dirasakan.

Jika saat ini insan yang mempromosikan “Buku Quran” itu masih ada, adakah kesungguhan untuk bertemu dengannya juga sehebat kesungguhan kita bertemu dengan penulis kesayangan kita di pesta buku. Jika “Buku Quran” itu hanya dibaca sekali-sekala dan hanya saat-saat tertentu sahaja berbanding masa yang diperuntukkan untuk mengkhatamkan buku-buku lain boleh jadi hanya dalam sehari. Adakah mungkin wujudnya kesungguhan untuk bertemu dengan PENULISNYA dan kecintaan kepada insan yang mempromosikannya andai itulah sikap kita terhadap “Buku Quran”.

Tidak hairanlah kita melenting dengan cukup hebat tatkala filem pendek “Fitna” keudara dalam laman-laman internet yang banyak menyelewengkan makna dan tafsiran “Buku Quran” itu sendiri kerana merasakan “Buku Quran” perlu dijaga kehormatannya. Ya, lentingan dan laungan itu menjadi tanda kita masih lagi mempunyai sensitiviti terhadap agama ini, sayangnya kita hanya mampu melenting dan melaung-laungkan ungkapan bantahan dan boikot pada saat dan ketika itu sahaja sama seperti sikap kita membaca “Buku Quran” itu pada saat dan ketika tertentu sahaja. Realitinya kita sendiri sering mengabaikannya dan jarang memuliakan “Buku Quran” itu dalam kehidupan kita sendiri.

Muhasabahlah diri kita dengan setiap kealpaan dan kelekaan kita akan peringatan dan nasihat dalam “Buku Quran” kita. Dalam kegembiraan kita membaca buku-buku sang penulis yang juga manusia seperti kita, jangan lupakan buku yang ditulis oleh SANG PENULIS YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU.

Tiga buah buku telah menjadi pilihan diriku untuk membelinya lewat pesta buku yang lalu, agar menjadi panduan dalam kehidupan ini disamping “Buku Quran” yang menjadi tunjang segala buku-buku lain yang dibaca. Harap kalian pun begitu.





Wang, Anda dan Islam - Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
Formula Solat Sempurna -Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
Aku Terima Nikahnya -Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam” [Al-‘alaq 96:1-4]

Bergambar dengan Ustaz Hasrizal dengan nasihatnya
Bersegeralah "Terima Nikahnya"....

Regards,
Mohd Halimi Abdul Aziz
o8 Rabiul akhir 1429H-02:43a.m

Kehalalan Alkohol?

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Benar sekali, apabila suatu minuman tidak memabukkan, maka minuman itu bukan khamar. Dan kalau bukan khamar, jelas saja tidak haram.

Tapi urusannya beda dengan Bir Bintang, sebab kami tidak pernah mengatakannya halal hanya lantaran kandungan Alkoholnya diklaim sudah 0%. Justru pihak yang menyamakan antara Alkohol dengan khamar harus putar otak, kalau melihat fenomena Bir Bintang.
Sebab mereka sudah terlanjur bilang bahwa Alkohol adalah khamar. Maka ketika produsen Bir Bintang mengklaim bahwa produk mereka bebas Alkohol, kalau pakai logika itu, seharusnya dianggap halal. Apalagi kalau memang terbukti tidak ada kandungan Alkoholnya.
Namun pihak LP-POM MUI tetap bersikeras dan tetap mengklaim bahwa Bir Bintang itu masih mengandung Alkohol. Walau pun setelah ditest, konon memang terdeteksi. Lalu dibuatlah alasannya, katanya karena alat yang dimiliki oleh lembaga itu hanya mampu mendeteksi benda yang kandungan Alkoholnya di atas 0, 1%. Sedangkan yang di bawah 0, 1%, alat itu tidak mampu mendeteksinya.

Orang LP-POM yang lain malah lebih aneh lagi. Menurutnya, Bir Bintang itu haram karena aromanya masih aroma bir. Jadi masih harus dianggap haram.
Tapi hujjah seperti ini akan menjadi lemah, karena tidak didukung dalil yang kuat. Sebab ketika Allah SWT mengharamkan khamar, para ulama sudah langsung bisa menarik 'illat dalam qiyas. 'Illatnya adalah al-iskar, bukan ar-raaihah (aroma), bukan al-laun (warna), juga bukan ath-tha'mu (rasa).

Tiga indikator itu hanya berlaku untuk benda najis. Ketika kita membersihkan najis mutawassithah, maka yang harus hilang adalah warna, rasa dan aroma.
Tapi kalau khamar, yang diharamkan adalah efek mabuknya.

Mungkin maksud bapak-bapak di lembaga itu baik, tapi rasanya kok malah agak memaksakan diri. Sebab hujjah seperti itu menurut pandangan kami malah sangat lemah. Sebab syariah Islam tidak pernah mengharamkan bau atau aroma Bir Bintang. Yang diharamkan adalah benda yang bisa memberikan efek al- iskar. Kalau cuma menghirup aromanya, tentu saja tidak mabuk.
Hujjah Yang Kuat Untuk tetap mengharamkan Bir Bintang, kami berpandangan jangan pakai ukuran Alkohol. Tapi pakai teknik yang digunakan para ulama di masa lalu.

Yaitu bahwa haram atau tidaknya suatu minuman tidak semata-mata diukur dari berapa persen kandungan Alkoholnya. Tapi dari efek al-iskar yang didapat.
Ukurannya mudah sekali, misalnya kita bisa gunakan seorang non muslim yang sehat dan belum pernah mabuk seumur hidup. Orang non muslim kan tidak diharamkan minum khamar, itu pun seandainya khamar betulan.
Lalu kita minta dia minum Bir Bintang itu, pertama sedikit dulu, terus diperbanyak. Kita test tanda-tanda pisiknya, apakah dia teler apa tidak.
Kalau sudah tiga botol diembatnya ternyata dia masih santai-santai saja, normal, sehat, sadar, tidak goyang, artinya dia tidak mabuk, sementara kita sudah pastikan dia juga bukan pemabuk minuman beralkohol, maka jelas sekali benda itu bukan khamar.
Apakah masih mau dipaksa-paksakan juga benda itu harus disebut khamar? Karena namanya selama ini sudah dianggap nama khamar? Tentu tidak bukan?
Tapi kalau hasilnya sebaliknya, baru beberapa teguk saja dia sudah menampakkan gejala mabuk, ya tidak usah diutak-atik lagi. Jelaslah benda itu khamar. Tapi karena yang kita suruh minum itu orang kafir, maka tidak ada yang dikorbankan dalam hal ini.
Dalam jawaban yang lalu kami katakan, pakai saja kucing atau kelinci percobaan. Tentu tidak ada salahnya menyuruh hewan minum khamar. Toh hewan bukan makhluk yang punya beban taklif. Jangankan minum khamar, lha wong berzina saja dilakukan, bahkan kadang dengan biangnya sendiri. Namanya juga hewan.

Sesuai Dengan Keputusan Bahtsul Matsail Nahdlatul Ulama
Apa yang kami sampaikan ini bukan hal yang mengada-ada. Sudah ada rujukannya sejak 80-an tahun yang lalu. Ketika bermuktamar yang ke IV di Semarang tahun 1929, Nahdlatul Ulama telah membahas hal ini, dan mereka memang cenderung untuk tidak
Saat itu yang dipermasalahkan adalah apakah minuman dengan menggunakan nama 'bir' termasuk haram dan juga merupakan khamar?
Di masa itu memang beredar nama minuman dengan merek bir cap kunci dan bir cap ayam. Namanya pakai istilah 'bir', yang kesan dan konotasinya seolah minuman keras.
Namun menarik sekali keputusan ulama di masa itu yang secara tegas mengatakan bahwa kedua merek minuman itu tidak haram. Berikut petikan keputusannya:
Bir cap Kunci, bir cap Ayam, dan sebagainya, itu hukumnya tidak haram, karena belum terang hakekatnya (mutsasyabih). Sabda Rasulullah SAW yang halal dan haram itu sudah terang dan di antara keduanya terdapat hal-hal yang belum terang.
Adapun kinalaraus itu hukumnya haram, karena telah terang memabukkan. Adapun air gadung itu halal karena tidak memabukkan.

Intinya, para ulama di masa itu juga tidak gegabah main haramkan suatu produk. Meski namanya menggunakan istilah 'bir', tapi karena hakikatnya bukan minuman yang memabukkan, maka mereka konsekuen untuk tidak main haramkan begitu saja.
Dan jelas sekali standart mereka, khamar itu bukan urusan Alkohol atau bukan, tetapi memabukkan atau tidak.

Jadi kesimpulannya, kalau minuman itu mengandung Alkohol tapi tidak memabukkan buat pemula sekalipun, maka minuman itu bukan khamar. Tapi walau pun tidak mengandung Alkohol tapi memabukkan buat pemula, maka minuman itu adalah khamar.

Tak Satu pun Ayat atau Hadits Yang Mengharamkan Alkohol
Kalau kita perhatikan secara lebih seksama, tidak ada satu pun ayat Al-Quran yang mengharamkan Alkohol. Bahkan kata Alkohol itu tidak kita dapati di 6000-an ayat lebih itu.
Begitu juga kita tidak menemukan satu pun hadits nabawi yang mengharamkan Alkohol, padahal jumlah hadits nabawi bisa mencapai jutaan.

Yang disebutkan keharamannya di dalam kedua sumber agama itu hanyalah khamar.
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, berjudi, berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (QS. Al-Maidah: 90)

Dan sesuai dengan makna bahasa di masa itu, khamar adalah minuman hasil perasan buah anggur atau kurma yang telah mengalami fermentasi di tingkat tertentu sehingga menimbulkan gejala iskar.

Lalu bagaimana bisa kita mengharamkan ganja, mariyuana, opium, drugs dan lainnya? Padahal nama-nama itu juga tidak ada di dalam kitabullah dan sunnah Rasul-Nya? Apakah benda-benda itu halal dikonsumsi?
Jawabnya tentu tidak. Karena benda-benda itu punya kesamaan sifat dan 'illat dengan khamar, yaitu memabukkan orang yang meminumnya. Dan karena daya memabukkannya itulah maka benda-benda itu diharamkan, lalu juga disebut dengan khamar.

Wallahu a'lam bishshawab, wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ahmad Sarwat, Lc

Fatwa Dr. Yusuf Qordhowi Tentang Halalnya 0.5% Alkohol

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sebenarnya Syeikh Al-Qaradawi bukan menghalalkan khamar. Yang beliau sebutkan adalah kadar maksimal Alkohol yang masih bisa ditolelir dalam suatu obat atau makanan. Dan tidak ada yang salah dalam masalah ini.

Bahkan LPPOM MUI malah lebih longgar ketika memberikan batasan, mereka menyebut kadar nilai 2%, jauh lebih banyak dari yang disebutkan oleh Al-Qaradawi.

Bukankah Banyak dan Sedikit Tetap Haram?
Benar sekali bahwa banyak atau sedikit tetap haram, tetapi kita harus perhatikan dulu, yang disebut banyak atau sedikit itu apanya?
Bukan kadar Alkohol tapi khamar. Khamar itu mau diminum cuma setetes atau mau ditenggak seember, sama-sama haram. Tapi Alkohol tidak sama atau tidak identik dengan khamar. Inilah titik masalahnya.
Kita bisa katakan bahwa Alkohol adalah senyawa kimia, sedangkan Khamar adalah karakter suatu bahan makanan, minuman atau benda yang dikonsumsi.

Definisi khamar tidak terletak pada susunab kimianya, tapi definisinyaterletak pada efek yang dihasilkannya, yaitu al-iskar (memabukkan). Maka benda apa pun yang kalau dimakan atau diminum akan memberikan efek mabuk, dikategorikan sebagai khamar.

Maka definisi khamar yang benar menurut para ulama adalah'segala yang memberikan efek iskar (memabukkan)'. Dan definisinya bukanlah 'semua makanan yang mengandung Alkohol'.
Sebab menurut para ahli, secara alami beberapa makanan kita seperti besar, singkong, duren dan buah lainnya malah mengandung Alkohol. Namun kita tidak pernah menyebut bahwa berat itu haram karena mengandung Alkohol.

Dan karena definisinya segala benda yang memberikan efek iskar, maka ganja, opium, drug, mariyuana dan sejenisnya, tetap bisa dimasukkan sebagai khamar. Padahal benda itu malah tidak mengandung Alkohol.

Daun ganja kering yang dilinting seperti rokok, rasanya tidak mengandung Alkohol, tapi dia tetap dikatakan sebagai khamar. Karena daun itu memabukkan kalau dihisap asapnya.
Senyawa Alkohol sendiri kalau kita minum, bukan efek al-iskar (mabuk) yang dihasilkan, melainkan efek al-mautu.

Al-Mautu? Apa itu?
Al-mautu artiya kematian. Coba saja minum alkohol 70% yang kita beli di Apotek, tidak usah banyak-banyak, segelas saja, insya Allah langsung innalillahi.
Dalam dalam kadar yang kecil dan sedikit, Alkohol aman bagi tubuh dan juga tidak memberi efek al-iskar, juga tidak memberi efek al-mautu. Karena itu banyak ulama dan lembaga pengawas makanan yang membolehkan khamar dengan kadar tertentu, terutama untuk larutan obat.
Dan karena Alkohol tidak identik dengan khamar, maka bila jumlahnya sedikit masih bisa ditolelir.

Lalu Bagaimana Mengukur Al-Iskar?
Kepolisian biasanya memang mengukur apakah seseorang mabuk atau tidak, mengunakan kadar Alkohol dalam darah. Padahal dalam syariah Islam, cara pengukuran seperti itu tidak pernah dilakukan.
Sebab fenomena al-iskar itu mudah sekali diketahui, sama saja dengan menyebutkan beda orang yang tidurdengan yang tidak tidur. Tidak perlu diukur dengan beragam pengukuran hingga sampai REM segala.
Pokoknya anak kecil juga tahu membedakan, mana tidur dan mana melek. Sederhana sekali karena syariah Islam itu memang sederhana saja.

Kalau mau tahu apakah sebuah minuman bersoda itu sudah termasuk khamar atau bukan, suruh saja kucing atau kelinci meminumnya. Kita lihat efeknya, kalau hewan itu jalannya sempoyongan lantaran teler nenggak minuman itu, nah ketahuan deh bahwa minuan itu khamar. Maka otomatis kita sebut minuman itu khamar, meski tidak ada alkoholnya.

Tapi kucing atau kelincinya harus yang sehat wal afiat, jangan kucing yang kerjaannya mabok juga. Yang begitu sih tidak bisa dijadikan ukuran. Habis, tiap hari kerjaannya nenggak bir, AO, mansion, vodka, topi miring, dan sejenisnya. Kucingnya harus kucing yang belum pernah mabok sebelumnya.

Wallahu a'lam bishshawab, wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Ahmad Sarwat, Lc

Tuesday, April 1, 2008

FATWA QARADHAWI TENTANG APRIL FOOL



DR. Yusuf Al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa yang berisi larangan melakukan aktifitas yang disebut April Mop. Ketua Asosiasi Ulama Islam Internasional itu menegaskan bahwa melakukan April Mop berarti melakukan kebohongan yang nyata, yang dilarang dalam syariat Islam.

Dalam fatwa terbarunya, beberapa jam sebelum memasuki bulan April, DR. Qaradhawi berbicara dalam diskusi Islamonline, “April Mop atau kedustaan April, adalah haram. Karena ini jelas-jelas bohong dan dusta, dengan menginformasikan sesuatu yang menakutkan dan menggelisahkan orang. Rasulullah saw mengatakan, “Tidak boleh seorang Muslim membuat takut saudaranya sesama Muslim, walaupun untuk bercanda dan bergurau.”

Alasan pengharaman April Mop diuraikan Qaradhawi karena empat hal:

Pertama, karena itu adalah dusta. Dusta bukan bagian dari akhlak seorang beriman, tapi akhlak kaum munafiqin. Rasulullah saw bersabda, “Tanda orang munafik itu ada tiga, bila berbicara dia berdusta, bila berjanji dia ingkar, dan bila diberi amanah dia berkhianat.” Dalam hadits lain disebutkan, “Ada empat perkara bila semuanya berkumpul pada diri seseorang, maka dia adalah orang munafik murni. … salah satunya adalah dusta.”

Kedua, karena kedustaan akhlak yang bertolak belakang dengan keimanan. Rasulullah saw pernah ditanya apakah seorang mukmin bisa menjadi seorang pengecut? Rasulullah saw menjawab, ”ya.” Orang itu bertanya lagi, “Apakah ia bisa menjadi orang yang pelit?” Rasulullah saw menjawab, “ya.” Orang itu bertanya lagi, “Apakah ia bisa menjadi orang pendusta?” Rasulullah saw menjawab, “tidak.”

Ketiga, dusta adalah pengkhianatan terhadap sahabat dan teman. Rasulullah saw bersabda, “Sebesar-besarnya pengkhianatan, sebesar-besarnya pengkhianatan, adalah jika engkau berbicara pada saudaramu dengan perkataan yang dia anggap engkau jujur, sedangkan engkau berdusta kepadanya.”

Keempat, April Mop termasuk taqlid a’ma (mengikuti secara membabi buta), terhadap kebiasaan non Muslim. Kita sebagai umat yang dijadikan Allah swt sebagai umat pertengahan, dan menjadi saksi atas manusia tidak boleh mengikuti kebiasaan orang-orang non-Muslim melakukan kedustaan, kebohongan, keburukan. Kita tidak boleh mencampur antara yang baik dengan yang tidak baik.”

Selanjutnya, Syaikh Al-Qaradhawi juga menguarikan sejumlah kedustaan yang diharamkan, misalnya kedustaan yang bersifat massal, seperti melakukan kompetisi yang menyimpang dalam publikasi dan iklan. Meskipun ada pula kedustaan yang dibolehkan seperti untuk tujuan mendamaikan suami isteri. (na-str/iol)